Juz:4, Surah:3.
Surah 3, Ayat 137:
Surah 3, Ayat 137:
.
Ringkasan tafsir;
Sesungguhnya
manusia itu dalam pergaulan hidupnya dan
berjuang menegak yang hak dan batil, kemudian berperang takluk menakluki, maka
muncul satu umat berdiri tegak megah dengan gagahnya, kemudian jatuh tersungkur
binasa lalu lenyap. Semua ini adalah ketetapan kehendak dan maslahat yang diatur oleh Allah.
Peredaran peraturan perjalanan alam dan adat kebiasaan yang berlaku ini adalah
dinamakan sunnatullah.
Ayat ini telah mengingatkan kepada umat Islam bahawa sebelum kamu, telah ada beberapa tauladan sunnatullah pada umat-umat yang terdahulu, ada yang binasa dan terhapus dari muka bumi kerana menyalahi pengajaran yang dibawa oleh para Nabi-Nabi yang diutuskan oleh Allah kepada mereka. Mereka itu mementingkan kepada duniawi semata-mata dengan mengingkari perintah dan seruan Nabi.
Dalam ayat ini ada dua seruan kepada umat manusia;

1.
Seruan kepada orang Islam supaya memperhatikan perjalanan umat-umat terdahulu
supaya dapat dijadikan contoh tauladan bagi menambahkan keimanan mereka kepada
Allah dan Rasul Nya.
2.
Seruan kepada kafir supaya memperhatikan bahawa orang yang kufur itu akibatnya
dibinasakan kerana engkar dengan kitab-kitab yang diturunkan dari langit. Maka
dengan sebab itu melihat yang demikian agar orang kafir akan beriman kemudian
kelak.
.
[previous] [next] [home]
.
Rujukan sumber,
.
[previous] [next] [home]
.
Rujukan sumber,
Juzuk4, Surah3
Terjemahan, 131~150,[GS] https://sites.google.com/site/cyberespionagespy/1/1
Ulasan surah 3;
[GS] https://t.co/Kf2lMbI0X8