Wednesday, 17 April 2019

Al-Imran Ayat 137

Juz:4,  Surah:3.
Surah 3, Ayat 137:

.
Ringkasan tafsir;

Sesungguhnya manusia itu dalam pergaulan hidupnya  dan berjuang menegak yang hak dan batil, kemudian berperang takluk menakluki, maka muncul satu umat berdiri tegak megah dengan gagahnya, kemudian jatuh tersungkur binasa lalu lenyap. Semua ini adalah ketetapan kehendak  dan maslahat yang diatur oleh Allah. Peredaran peraturan perjalanan alam dan adat kebiasaan yang berlaku ini adalah dinamakan sunnatullah.

Ayat ini telah mengingatkan kepada umat Islam bahawa sebelum kamu, telah ada beberapa tauladan sunnatullah pada umat-umat yang terdahulu, ada yang binasa dan terhapus dari muka bumi kerana menyalahi pengajaran yang dibawa oleh para Nabi-Nabi yang diutuskan oleh Allah kepada mereka. Mereka itu mementingkan kepada duniawi semata-mata dengan mengingkari perintah dan seruan Nabi.

Dalam ayat ini ada dua seruan kepada umat manusia;

1. Seruan kepada orang Islam supaya memperhatikan perjalanan umat-umat terdahulu supaya dapat dijadikan contoh tauladan bagi menambahkan keimanan mereka kepada Allah dan Rasul Nya.

2. Seruan kepada kafir supaya memperhatikan bahawa orang yang kufur itu akibatnya dibinasakan kerana engkar dengan kitab-kitab yang diturunkan dari langit. Maka dengan sebab itu melihat yang demikian agar orang kafir akan beriman kemudian kelak.


.
[previous] [next] [home]

.

Rujukan sumber,
Juzuk4, Surah3 
Terjemahan, 131~150,
[GS] https://sites.google.com/site/cyberespionagespy/1/1
Ulasan surah 3;  
[GS]
https://t.co/Kf2lMbI0X8